Total Pageviews

Tuesday, 14 June 2011

:'(

:'( :'( :'( . it's only bad day to meee :'( . coz my result very excessiveeeee . mle2 okey jek at skola . skali bile time addmath . hati aku mulai rse tak sdap . sbnanrnye dri pgi td aku dh rse cm nie . aku ckp at asha ' wei , hati aku rse tak sdap nie ' . asha ckp ' nape ' . aku ckp , ' ntah lah . tbe2 jek ' . finally . aku dh jmpe jwpnnye . rpe2nye . result aku . isk . isk . isk . sdey sgt2 . dh lah pas dpt result hati aku dh pasrah pastu ckg bley plak ckp ' awak jwb ape sampai result jadi cm nieee !!!! ' . aku diam jek . aku malu tau tak . >.< . kawan2 smua nengokk . bnde niee mmg btol di luar jangkaan aku . aku dh lah puasa hari niee . mmg dugaan yang mncbr betol . btw , aku brsyukur sgt bab aku dpt hadapinye dgn tenang . For teacher K : saya minta maaf sgt2 cikguu . saya tak sampai hati nk wt ckg marah . tapi ckg jgn lah merendah2 kan semangat saya . tak smstinye owg teruk akan teruk selamanya . mane lah tahu nasib saya akan datang nanti , result saya lebih bagos dri anak murid kesayangan cikgu tuhh [ cakap macam nak marahh nieeee tapi cover >:O ]   LOL . betul aku nie . haha . sje jek wat lawak sbb nak gembirakan hati yang terluka + sedih + maluuu . balik kepada cter tadi . aku mmg trase sgt2 gan kata2 ckg tdii . mcm mendoakan akuuu . i'm so sorry cikgu . you make me hurt to you . aku dh lah mmg byk masalah nieee . tambah pulak gan bnde niee . tak tahu lah mcm mane . Ya Allah , tolong lah bagi jalan penyelesaian kepada ku ini . Hambamu ini sudah buntu untuk memikirnya lagii . :'( .  dah jadi lumrah sebagai student kan , lau dpt result msti ade yang teruk . it's mean aku tak cukup ilmu lagii . so , aku kene usaha , aku tak boleh patah hatii mcm nie . tapi please bagi aku mse tok ilangkan perasaan sdey yang brcmpur2 aduk ni ok .  ok lah cukup lah smpai sini aku postt . aku tak tahan dh lagii . aku sangat sakit gan bende nieee . aku mcm nak ngis . tapi tak kuar airmata nie . bye blog . <3


*ini adalah luahan hati aku sekarang niee so , diam kalo tak tahu ! and jangan nak men tuduh2 . huhu :(



 TAHUN baru adalah permulaan hitungan hari untuk pembelajaran serta pekerjaan kita sepanjang 12 bulan mendatang. Selalunya langkah memasuki 1 Januari diiringi perasaan untuk memperbaiki diri dalam setiap pekerjaan dan perbuatan.
Inilah yang dikatakan azam iaitu perasaan untuk mencapai iltizam. Jika kita hanya berangan-angan sepanjang tahun tanpa azam, nescaya kita tidak akan dapat menuju ke matlamat iltizam yang diidamkan.
Tahun baru lebih bermakna kepada pelajar kerana setelah melalui beberapa ujian, peperiksaan dan mendapat keputusan lulus untuk naik lagi ke satu anak tangga, mereka akan memulakan pelajaran baru lagi.
Di sini, pelajar akan mula berazam untuk memperbaiki diri meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Begitulah juga bagi mereka yang bekerja, perlu berazam meningkatkan mutu kerjaya masing-masing.
Islam sentiasa menggalakkan kita sentiasa memperbaiki diri dalam segala hal. Semua itu memerlukan kepada keinginan dan usaha bersungguh-sungguh. Janganlah hanya berserah kepada nasib semata-mata. Hakikatnya, nasib masing-masing mengikut kepada usaha yang dilakukan.

Jika kita berusaha sekadar hangat-hangat tahi ayam, maka nasib hanya sehangat tahi ayam saja, iaitu nasib baik yang sekejap saja. Akan tetapi, jika kita istiqamah (berterusan) dalam berusaha memperbaiki hidup, maka nasib kita akan sentiasa dalam keadaan baik.
Nasib kita masing-masing tidak akan berubah dengan sendirinya sehinggalah kita sendiri yang mengubahnya. Malahan orang lain pun tidak dapat mengubah nasib kita. Perkara itu dijelaskan dalam al-Quran yang menjadi sumber rujukan terbaik untuk menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat.
Hakikatnya tiada untungnya bagi siapa yang menodai detik kehidupannya dengan perbuatan dosa. Namun, tidak dapat disangkalkan bahawa manusia tidak akan pernah terlepas daripada dosa, kecuali Nabi dan Rasul.
Oleh itu, jika kita tersalah dan tersilap, hendaklah bersegera memohon ampun kepada Allah dan bertaubat supaya lembaran kehidupan sentiasa bersih daripada segala dosa. Sesungguhnya kita tidak terdaya untuk memadam kenangan daripada ingatan kerana masa tidak pernah berpatah balik untuk memberi peluang menggantikan kenangan pahit lalu dengan kenangan manis.
Mungkin pada tahun yang sudah pernah tercipta sejarah duka, apabila kita melangkah ke tahun baru, kenangan mengguris hati sudah hilang daripada ingatan. Justeru, kita perlukan azam untuk memulihkan perasaan daripada kedukaan berpanjangan, selari dengan azam untuk mencapai sesuatu yang lebih berharga dalam hidup.
Jika kita terlalu memikirkan kenangan yang sudah berlalu, kita tidak akan ke mana melainkan hanya tersadai dalam dunia kedukaan. Oleh itu, buka lembaran baru adalah jalan terbaik untuk menutup lembaran lama.
Allah membuka banyak ruang untuk kita berbuat kebaikan ketika hidup dan mengurangkan ruang kejahatan ciptaan syaitan. Hanya tinggal kita saja yang akan memikirkan mana yang baik dan buruk. Namun, kita sudah sedia maklum ruang kebaikan membawa ke syurga dan ruang kejahatan membawa ke neraka.
Apa saja yang kita lakukan di dunia sementara ini adalah untuk mencapai iltizam hidup di dunia yang kekal abadi. Setiap kali kita berjaya mencapai iltizam yang baik di dunia ini, ia adalah jambatan untuk menuju iltizam awal kehidupan manusia iaitu akhirat.
Oleh itu, kita yang hidup di dunia ini semestinya memiliki azam masing-masing. Semoga lembaran sepanjang kehidupan kita akan sentiasa terisi azam yang baik untuk iltizam yang bukan hanya sekadar angan-angan.


*juz to give me SEMANGAT .