Total Pageviews

Tuesday, 13 December 2011

Baru aku tahu ~

Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah ‘syurga dunia’ sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Manusia Adalah Seindah Dan Istimewa Dalam PenciptaanNya Yg Terhasil Daripada Setitis Mani Yg Kemudian Menjadi Segumpal Darah, Kemudian Ketulan Daging, dan Diberikan Nyawa dan Bila Genap Usia 9 bulan Di Dlm Rahim Seorg Hawa Maka Lahirlah Manusia Itu Di Dunia Fana Ini :)
Dilahirkan dan Dijaga dengan Penuh Kasih Sayang Oleh Keluarga Yg Sgt Menyintai, Sehinggalah Manusia Itu Dewasa dan Pabila Lumrah Cinta Antara Manusia Mencambah Kasih Padanya.

Lumrah Manusia Itu Ingin Dicinta dan Menyintai. Bertuah La Bila Dapat Menyintai dan Bersyukurlah Bila Dicintai :) Namun Untuk Sy, Allah dan Rasullah adalah Cinta Abadi, Keluarga Adalah Kasih Utama, Sahabat Adalah Kasih Teman ..dan "Dia" Adalah Kasih Kekasih ..